Sabtu, 5 Disember 2015

anak syurga|Tasleem Firas Tan

Alahai...comelnya...Tenang lah anak ibu .. :) Gambar tu gambar hiasan sahaja.

Tepat pukul 12.03 pm,17 SEPTEMBER 2015,lahirlah putera mama,Tasleem Firas Tan bin

 Bahgia...Allah..comelnya baby...Tapi sayang Allah pinjamkan sebentar Tasleem kat mama..

Sebelum Tasleem lahir kat bumi ni,mama nak share sikit pengalaman manis mama lahirkan Taslem masa kandungan 6 bulan  1minggu.


16 SEPT 2015

PUKUL 12 AM

 Dalam pukul 12 am,mama dah rasa dah perut turun..Daddy macam pelik napa ye perut turun macam 

dah nak beranak?Beberapa hari ni,mama ngadu sakit bhagian pinggang..susah sangat nak 

bangun.Rasa nak menanggis tiap kali nak bangun..Sungguh malas rasanya nak bangun..Tapi mama 

bawakan hati sampai tertido.


17 SEPT 2015

PUKUL 3 AM

Perut mama rasa memulas sangat.Masuk tandas keluar tandas sebab sakit perut teramat.Kali ketiga 

masuk tandas,mama rasa panas mengalir kat celah2 kelangkang...Rupa rupanya darah keluar.Mama 

hanya mampu menyandar lesu didinding bilik mandi.Mama jerit panggil daddy..Daddy keluar bilik 

terpisat2 dengar suara jeritan mama.

"Allah.Dah nak bersalin ni!".
Daddy terus gegas masok bilik masukkan mana yang ada,Daddy main sambar je baju masuk dalam

beg belakang.Mama hanya tersandar lesu sambil menanggis..Perasan bimbang memang

menyelubungi mama..Kami berdua Daddy terus memecut laju ke Hospital Port Dickson.Dalam

perjalanan ke sana,perut mama memang mengulas sangat sangat.Contraction dah start dah.Masa tu

memang rasa nak meneran je.Mama teran je dalam kereta.Baruk sakit kurang sikit.Nyawa mama ni

memang menanggis ja start dari rumah.Bukan pasal sakit tapi pasal anak mama..Waktu tu juga,daddy

 ambik fon,call ibu ayah kat kampung..Mama semahu mahunya menanggis memohon ampun atas apa

yang mama dah buat kat ibu dan ayah.Selang kemudian,kami dah sampai dah kat hospital..



                                             

                                                          ZON MERAH

PUKUL 4 AM

Masa ni mama baru register kat kaunter sebagai pesakit yang memerlukan rawatan segera.Mama terus kena tolak ke bilik emergency.Datang sorang doktor pompuan ni bawa mama masuk bilik ape tah..Cek keadaan mama.

"Ok puan..Saya nak cek puan ni.Nak tengok berapa centimeter dah."
Lembut je doktor tu..Saya angguk lesu.Dalam tengah cek tu ,doktor tu ajak kita bersembang supaya nak suruh kita lupa sekejap kot contraction tu.

"Ok puan,saya masukkan besi ye..Nak tengok dalam"
Mama dah x malu dah..Belum sempat dok masukkan habis,terus tarik balik.Beristighfar.
"Allah,nasiblah...Dah nampak ni umbilical cord dia...Nak bukak 4 cm dah ni",
Masa tu Allah ja tau perasaan mama macam mana.Resah,gelisah.Semua ada.Mama terus kena pindah ke zon merah.Masuk je zon merah,ade 3 orang nurse kot,2 nurse biasa,sorang sister.Rupenye orang Sarawak juga.Dua dua lengan mama die org cucuk jarum untuk masuk ubat tu. Dieorg letak label kelabu kot.
 
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan